SENI RETORIK DAN GAYA BAHASA MELAYU KLASIK
Pengenalan
Retorik
merupakan seni penulisan atau pengucapan yang berkesan iaitu seni yang
memberikan tumpuan kepada gaya, strategi, bahan dan khalayak. Retorik juga
menyentuh hal yang berkaitan dengan cara menyampaikan pendapat, idea dan
saranan atau cara menghuraikan sesuatu wahana kepada penulis untuk
mempersembahkan pemikirannya, tanggapan atau perasaan dengan jelas dengan
menggunakan gaya yang berkesan.
Gaya bahasa pula dapat dibatasi
sebagai cara mengungkapkan pemikiran melalui bahasa secara khas yang
memperlihatkan jiwa dan keperibadian penulis. Gaya bahasa adalah bahasa indah
yang digunakan untuk meningkatkan efek dengan cara memperkenalkan serta
memperbandingkan sesuatu hal yang tertentu dengan hal lain yang lebih umum.
Pendek kata penggunaan gaya bahasa tertentu dapat mengubah serta menimbulkan
konotasi tertentu.
Penggunaan retorik dan gaya bahasa
dapat dilihat dalam penulisan karya agung Melayu. Apabila dikaitkan dengan
karya, pastinya ia berbentuk tulisan yang menjadi tonggak keintelektualan
sesuatu bangsa. Melalui tulisan ini dan dengan penggunaan retorik dan gaya
bahasa, keindahan sesuatu bahasa dapat dikenali dan jalinan pemikiran juga akan
dapat diungkap. Karya agung merupakan karya yang dianggap akan dapat membentuk
jati diri sesuatu bangsa sehingga dapat mencerminkan kembali ketamadunan bangsa
tersebut pada bila-bila masa. Daripada hasil karya inilah kita dapat mengenali
dengan lebih mendalam lagi pemikir atau seniman yang menghasilkan karya tersebut.
Oleh kerana sesuatu karya agung itu
memiliki khazanah pemikiran kekayaan sesuatu bangsa,maka sering kali
karya-karya tersebut menjadi rujukan dan landasan bagi sesuatu bangsa untuk
mengorak langkah mengejar kemajuan. Malah karya agung juga merupakan
karya-karya yang Berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya dan
social yang kekal dalam kesedaran dan ingatan pembaca. Unsure dalam karya ini
merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan juga nilai kemanusiaan.
Retorik
Bahasa Melayu Klasik
Menurut Kamus
dewan, konsep bermaksud pengertian am atau idea yang mendasari sesuatu (2205
:816). Retorik pula dapat difahami sebagai kesenian untuk berbicara baik yang
dicapai berdasarkan bakat alam dan keterampilan teknis. Quintilianus pula
mendefinisikan retorik sebagai seni pengucapan yang baik (2010 :3). Menurut
Corbett dalam George Campbell pula, retorik bermaksud seni atau kemahiran
memanfaatkan sesuatu wacana (Teori Balaghah Melayu, 2010 :3). Hashim Abdullah
berpendapat bahawa retorik adalah pertuturan yang mempunyai unsur-unsur seni
atau sains yang tertumpu pada pemujukan serta menekankan aspek bahasa yang
digunakan.
Bahasa Melayu
Klasik dikatakan terpisah daripada Bahasa Melayu Kuno apabila wujudnya tulisan
jawi. Salah satu karya agung yang dihasilkan pada zaman ini adalah Hikayat
Inderaputera. Naskah ini ditulis dalam tulisan jawi yang kemas menggunakan
dakwat hitam dan di sana sini terdapat rubrik.
Selepas
kedatangan Islam, berlakunya perubahan besar dalam masyarakat Melayu. Hal ini
bukan sahaja melibatkan kepercayaan Melayu pada zaman tersebut malahan
melibatkan system bahasa masyarakat Melayu. Melalui Hikayat Inderaputera,
didapati kepercayaan masyarakat pada zaman ini telah berubah daripada Hindhu
Budha kepada Islam. Hal ini boleh dilihat melalui penggunaan beberapa perkataan
seperti Allah yang menyentuh tentang agama Islam.
Pertama menyebut nama Allah Ta’ala, kemudian
mengatakan,
‘ini
surat daripada paduka ayahanda Raja
Tulela
Syah datang
kepada
paduka anakanda
Inderaputera
yang gagah lagi perkasa
dan
bijaksana. Adapun
jikalau
ada kasih baginda…’
(Hikayat
Inderaputera :147)
Pada abad ke-14, kosa kata dalam
Bahasa Melayu Klasik mula mendapat pengaruh arab. Hal ini boleh dilihat melalui
penggunaan nama watak-watak Islam seperti Raja Syahsyian dalam petikan di
bawah.
Maka titah raja Syahsyian kepada
Inderaputera, ‘Hai anak-anakku,
apa
bicara anakku sekarang akan segala
anak
raja-raja yang
membunuh
anakku itu
(Hikayat
Inderaputera : 147)
Dalam zaman
Bahasa Melayu Klasik, penggunaan perkataan pangkal ayat adalah berlainan dengan
penggunaan penanda wacana pada zaman moden.Antara penanda wacana yang sering
digunakan pada zaman moden adalah terdiri daripada alkisah, syahadan,sebermula,
maka,hatta dan demikian. Sebagai contohnya dapat dilihat melalui petikan
Hikayat Inderaputera seperti dibawah.
Alkisah peri mengatakan tatkala Inderaputera
bertemu
dengan
perbendaharaan Raja Bahram Tabut,
dan
peri mengatakan
Inderaputera
membunuh ular mamdud dan
peri
mengatakan
Inderaputera
dan peri mengatakan tatkala
Inderaputera
beroleh
hikmat
bedi Zahra dalam otak ular mamdud
itu,
dan peri mengatakan
tatkala
Inderaputera beroleh kuda yang
bernama
Janggi Garden,
(Hikayat
Inderaputera :91)
Pada zaman
Bahasa Melayu Klasik, ayat yang digunakan adalah panjang. Hal ini sama seperti
dalam petikan di atas. Ayat yang panjang ini menyukarkan pemahaman pembaca.
Namun begitu, inilah yang dikatakan retorik dalam Bahasa Melayu Klasik. Jika
ayat ini diubah menjadi pendek, sudah tentu perkara yang ingin disampaikan
tidak akan sampai kerana kesukaran masyarakat pada zaman tersebut untuk
memahami system bahasa lain daripada kebiasaan.
Selain itu, ayat yang digunakan pada
zaman ini terdiri daripada ayat pasif. Ayat pasif adalah ayat yang mengutamakan
penyambut atau objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan (komsas dan
Tatabahasa Melayu Teras Pegangan Guru,2007 :78). Hal ini boleh dilihat melalui
petikan di bawah.
“Hai nenekku, bahawa aku disuruhkan oleh
Raja
Syahsyian
kepada Berma Sakti minta ubat beranak”.
(Hikayat
Inderaputera :16)
Di samping
itu, penggunaan kata penegas lah dan pun adalah salah satu ciri Bahasa Melayu
Klasik. Hal ini boleh dilihat dengan jelas dalam karya agung Hikayat
Inderaputera seperti di bawah.
“Adapun diceterakan oleh orang yang
empunya
ceritera
Ini
demikian bunyinya.”
(Hikayat
Inderaputera :56)
Menurut
Affandi dalam Abu Hassan dan Mohd Rashid Idris, orang Melayu lebih mementingkan
retorik daripada genre untuk mencapai sesuatu maksud. Hal ini bermakna orang
Melayu lebih mementingkan matlamat atau tujuan bercakap berbanding dengan
pengucapan yang terlalu khusus dan ketat peraturannya. Menurut beliau lagi,
karya-karya Melayu akan lebih mudah dikaji daripada aspek system retorik
berbanding sistem puitika.
Oleh itu pengkaji akan lebih
mengetahui sebab karya-karya orang melayu bercorak didaktik dan mengutamakan
ajaran moral. Didaktik dapat difahami sebagai mengajar (kamus Dewan ). Hal ini
bermaksud sastera melayu mementingkan unsur pengajaran dalam karyanya. Hal ini
berbeza dengan karya barat yang hanya mementingkan bahasa dan tujuan
penyampaiannya. Didaktik pada zaman Melayu Klasik lebih mengutamakan unsure
pengajaran Islam dalam sesuatu karya. Sebagai contohnya dalam petikan di bawah.
Maka lihat oleh Laksamana berpuluh-puluh
ribu
lorong, dalam itu semuanya juga
daripada
batu hitam dan batu putih dan
merah
dan kuning dan hijau ; maka diturap
dengan
kapur gemerlapan rupanya
bercahaya-cahaya
kena sinar sinar cahaya
matahari
itu. Maka tiadalah terinsaf oleh
segala
manusia lagi melainkan Allah
Subhanahu
wa Taala juga akan perbuatan
orang
dalam negeri itu.
(Hikayat
Hang Tuah :524)
Melalui
petikan di atas, kita boleh melihat dengan jelas penggunaan perkataan Allah
Subhanahu wa Taala. Petikan di atas menerangkan bahawa Laksamana dan Maharaja
Setia berasa insaf dalam memerhatikan keindahan di lorong yang dihiasi dengan
pelbagai batu yang indah-indah. Keindahan ini perlu bersyukur dengan anugerah
yang telah Allah berikan.
Secara Kesimpulan, dapatlah difahami
bahawa retorik Bahasa Melayu Klasik sebagai penggunaan bahasa yang berkesan
dalam menyampaikan pengajaran yang dipengaruhi unsur keislaman dan arab.
Penulis berharap supaya karya yang dikarangnya akan memberikan unsur didaktik
dalam diri pembaca untuk menyampaikan sesuatu didaktik, penulis perlu
menggunakan seni pemujukan atau retorik dalam menyampaikan isi sesebuah karya.
Bentuk Binaan
Ayat
Menurut Dr
Ali Mahmood dalam buku Morfologi dan Sintaksis mendefinisikan sintaksis sebagai
cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat.
Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hokum yang
menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Perbezaan dari segi
penggunaan ayat majmuk.
Umumnya, penutur asli sesuatu bahasa
mempunyai kecekapan berbahasa atau daya pengetahuan yang tinggi untuk
mengetahui struktur unsur atau struktur konstituen setiap ayat yang terdapat
dalam bahasanya, iaitu melalui kebolehannya memenaggal ayat kepada
bahagian-bahagian yang tertentu. Namun bentuk dan binaan dalam bahasa Melayu
moden tidak sama dengan bentuk dan binaan ayat dalam bahasa Melayu Klasik. Hal
ini dapat dilihat di dalam karya-karya Bahasa Melayu Klasik. Karya yang
menggunakan Bahasa Melayu Klasik berbeza dengan Bahasa Melayu Moden dari segi
susunan dan juga bentuknya. Sebagaimana yang terdapat dalam Hikayat Seri Rama,
hikayat ini mempunyai banyak bentuk ayat pasif, penggunaan kata majmuk dan
sebagainya yang begitu menonjolkan cirri-ciri bahasa Melayu Klasik.
(i)
Bentuk Ayat Majmuk
Perlu
disedari bahawa dalam penggunaan bahasa sehari-hari, kita tidak hanya
menggunakan ayat tunggal sahaja. Kita juga sering kali menggunakan ayat yang
terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dicantumkan dan seterusnya
menjadi satu susunan ayat yang lengkap. Ayat yang terdiri daripada beberapa
ayat tunggal yang dicantumkan ini dikenali sebagai ayat majmuk. Ayat majmuk
merupakan ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan
percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara yang tertentu sehingga
menjadikannya ayat yang baru. Sebagai contoh ayat majmuk yang terdapat dalam
Bahasa Melayu moden seperti berikut :
a) Emak sedang
memasak dan kakak sedang menjahit
baju.
i.
Emak sedang memasak.
ii.
Kakak sedang menjahit baju.
Ayat di atas
merupakan ayat majmuk yang menggunakan dan sebagai kata hubung dan seterusnya
menjadikan ayat tersebut sebagai ayat majmuk gabungan. Namun berbeza pula
dengan ayat majmuk yang terdapat dalam Hikayat Seri Rama. Sebagaimana yang
telah kita ketahui, ayat majmuk yang terdapat dalam Bahasa Melayu Klasik lebih panjang,
berjela-jela dan turut mempunyai kata-kata yang tidak berfungsi dalam
penulisan. Contohnya :
b)
Maka Mahaloka
dan Pujangga Sura pun sujudlah kepada kaki Maharaja Rawana. Setelah demikian
itu, maka ia pun berjalanlah menuju jalan rumah Seri Rama.
i.
Maka Mahaloka pun sujudlah kepada kaki Maharaja
Rawana.
ii.
Maka Pujangga Sura pun sujudlah kepada kaki Maharaja
Rawana.
iii.
Mereka pun berjalanlah menuju jalan rumah Seri Rama.
Dalam ayat di
atas, kata hubung dan digunakan dalam
membentuk ayat majmuk gabungan bagi melengkapkan ayat (i) dan ayat (ii).
Seterusnya terdapat juga penanda wacana setelah
demikian itu di pangkal ayat dan kata maka turut melengkapkan ayat (iii).
(ii)
Struktur Ayat
Ayat
merupakan unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa dan mengandungi
intonasi yang sempurna. Setiap bahasa mempunyai jumlah ayat yang tidak terhad
bilangannya. Namun demikian, daripada bilangan yang tidak terhad itu, ayat-ayat
tersebut sebenarnya terbahagi kepada dua golongan sahaja, iaitu golongan yang
disebut ayat dasar dan ayat terbitan. Namun, ayat yang terdapat
dalam Bahasa Melayu Klasik lebih panjang, berulang-ulang dan terdiri daripada
ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata hubung terutamanya ‘dan’ dan juga penggunaan tanda koma.
Contoh dalam Hikayat Seri Rama :
Maka kata Laksamana, ‘Bahawa paduka kekanda itu tiada dapat dibunuh
Oleh segala manusia dan segala binatang yang di dalam hutan itu dan
Oleh segala manusia dan segala binatang yang di dalam hutan itu dan
Jikalau
patik tinggalkan tuan puteri, kalau-kalau datang sesal pada patik’
(iii) Penggunaan
Ayat Songsang
Susunan biasa
ayat yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah subjek+predikat. Namun, dalam
percakapan kita sehari-hari, sering terjadi susunan ayat yang berlawanan dengan
pola biasa ini, iaitu predikat mendahului subjek. Ayat yang mengandungi susunan
predikat+ subjek ini disebut sebagai ayat songsang. Dalam Bahasa Melayu Klasik
juga terdapat ayat songsang dengan predikat berada di depan ayat kesan daripada
pengaruh bahasa Arab. Contohnya :
setelah Seri Rama sudah jauh daripada
rumahnya
maka
maharaja Rawana pun tersembunyi di dalam hutan.
(iv)
Ragam Ayat Pasif
Dalam bidang
sintaksis, kejadian ayat aktif dan ayat pasif tergolong dalam huraian ragam
ayat. Ayat pasif pada asalnya terbentuk daripada ayat aktif transitif, dan
mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur
yang diterangkan. Ragam ayat pasif dalam Bahasa Melayu Klasik lebih
mengutamakan objek di depan ayat. Contoh penggunaan ragam ayat pasif yang
terdapat dalam Hikayat Seri Rama adalah seperti berikut :
Maka seorang engkau jadikan dirimu kijang emas dan
seorang engkau jadikan dirimu kijang perak.
(v)
Pola Ayat Dasar
Dalam Bahasa
Melayu Klasik, pola ayat dasar yang digunakan jauh lebih mudah. Kebiasaannya,
subjek yang digunakan adalah nama khas. Selain daripada itu juga, pola ayat
dasar yang terdapat dalam Bahasa Melayu Klasik sangat sukar untuk dikembangkan.
Contoh pola ayat dasar yang terdapat dalam Hikayat Seri Rama adalah seperti
berikut:
FN+
FN= Dirimu kijang emas
FN+ FK= Maharaja Rawana
menyuruh
FN+ FA= Seri Rama sudah jauh
FN+ FS= Perjangga Sura
naiklah ke atas.
Frasa dan
Klausa
(i)
Frasa
Dalam karya
agung, kita dapat melihat beberapa aspek yang berkaitan dengan frasa. Karya
agung yang menjadi kajian bagi aspek frasa merupakan Hikayat Inderaputera.
Dalam penulisan karya ini, kita dapati bahawa dari aspek penggunaan frasa nama
terdapat pelanggaran struktur binaan frasa nama.
Walaubagaimanapun, dalam Hikayat ini kita
dapat melihat bahawa struktur binaan frasa nama yang digunakan tidak mengikut
struktur bahasa Melayu Moden. Contohnya :
“…Syahdan beberapa raja-raja takluk kepadanya memberi
Upeti
pada genap tahun, dan empat puluh raja-raja yang memakai
Kulah
yang keemasan dengan alat senjata hadir dibawah istana raja itu “
(Hikayat
Inderaputera,2007 :4)
(ii)
Klausa
Klausa
merupakan satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat.
Klausa mempunyai dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa tidak bebas. Klausa
bebas merupakan klausa yang boleh berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat
lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Manakala,klausa tidak
bebas tidak dapat menjadi sebuah ayat dan memerlukan klausa lain untuk
melengkapkannya.klausa tidak bebas mempunyai beberapa fungsi antaranya adalah
sebagai subjek, objek, pelengkap dan keterangan.
Dalam Hikayat Inderaputera, terdapat
beberapa klausa yang mendukung fungsi tersebut. Hal ini dapat dilihat dalam
petikan ayat tersebut.
“maka diperbuat oleh pandai kayu itu seekor
Ikan
terlalu indah-indah rupanya seperti rupa ikan yang benar”
(Hikayat
Inderaputera, 2007:6)
Dalam petikan di atas, klausa seperti rupa ikan yang benar merupakan Klausa tidak bebas. Hal ini
demikian kerana maksud klausa tersebut tidak difahami sekiranya klausa
sebelumnya digugurkan.’
No comments:
Post a Comment