CONTOH KARYA AGUNG
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Namun terdapat pendapat yang mengatakan bahawa setelah Portugis menjajah Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa. Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi tetapi versi yang paling mashyur adalah versi Shellabear. Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa.
Buku ini turut diselenggara oleh anak tempatan iaiatu A. Samad Ahamd yang mempunyai 15 bab. Sejarah Melayu dianggap penting kerana Sejarah Melayu itu sendiri merupakan gambaran hidup masyarakat dahulu.
Hikayat Merong Mahawangsa
Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat
yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, yang
dahulunya dikenali sebagai Langkasuka, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun
terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang
mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri
Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung
dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-12 M.
Hikayat ini mengambil judulnya daripada nama seorang raja yang
berasal dari Rom yang dipercayai melahirkan dinasti Mahawangsa menjadi sumber
keturunan raja-raja yang membuka negeri yang diberi nama Langkasuka yang
kemudiannya lebih dikenali sebagai negeri Kedah Zamin Turan.
Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat
sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136
dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan
serangan Chola ke atas Kedah.
Laman berkaitan:
http://en.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Merong_Mahawangsa
Laman berkaitan:
http://en.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Merong_Mahawangsa
Hikayat Abdullah Munsyi
Hikayat Abdullah atau juga dikenali sebagai Hikayat Abdullah
bin Abdul Kadir merupakan kisah pengembaraan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi.
Ia selesai dikarang pada tahun dan diterbitkan pada tahun 1849. Terbitan rumi
diterbitkan oleh Pustaka Antara pada tahun 1907. Ia merupakan antara teks
sastera Melayu yang pertama diterbitkan secara komersial. Gaya penulisan
Abdullah yang unik dipaparkan secara jelas dalam teks ini dan isinya
disampaikan dalam bahasa Melayu yang sederhana dan kontemporari. Karya beliau
berbeza dengan karya lain kerana kisah beliau berkisarkan realism kehidupan.
Karya ini mengandungi pandangan peribadi tetapi perseptif
tentang masyarakat Singapura dan Melaka pada awal abad ke-19. Ia menceritakan
sekilas tentang zaman kanak-kanaknya di Melaka, pengalaman beliau dalam
peristiwa seperti pengasasan Institusi Raffles, perobohan kota A Famosa di
Melaka, dan lawatan Lord Minto, Gabenor-Jeneral India ke Melaka. Karya beliau
ini juga mengandungi pengamatan peribadi beliau sendiri mengenai sikap
masyarakat pada zamannya.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Abdullah)
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Abdullah)
Buku versi Hamzah Hamdani-
Buku versi Amin Sweeney-
Hikayat Hang Tuah
Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang
menceritakan tentang kebangkitan dan kejatuhan kerajaan Melaka. Hang Tuah
merupakan seorang laksamana serta pahlawan Melayu yang taat kepada rajanya
terutama semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15.
Hikayat ini dipercayai mula ditulis sekitar 1700 tetapi manuskrip lengkap
adalah bertarikh. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Hang_Tuah)
Hikayat Hang Tuah (HHT) yang telah dikendalikan oleh Kassim
Ahamd telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. HHT sebuah
karya epik dalam bbentuk prosa yang mengandungi lebih daripada 500 halaman
dengan lebih kurang 164,000 patah-perkataan.
HHT telah menegemukakan watak Hang Tuah sebagai tokoh
agung bagi bangsa Melayu dan sebagai lambang kemegahan dan kehebatan bangsa Melayu.
Kassim Ahmad mengatakan bahawa kebangunan, kebesaran dan kejatuhan Melaka
berhubung rapat dengan tokoh Hang Tuah. Hal ini demikian kerana Melaka
dikatakan didirikan ketika Hang Tuah masih kecil. Apabila Beliau menjadiorang
kanan bersama Bendahara, di dalam urusan pentadbiran dan di dalam urusan
keselamatan di dalam negeri yang didiaminya.
Pada zaman tersebut, Melaka telah diancam oleh Portugis dan terus kalah
apabila beliau berundur dari perkhidmatan negara. Di dalam hidupnya tercatat
riwayat Kerajaan Melayu Melaka dan bangsa Melayu.
Laman berkaitan:
Tuhfat al-Nafis
Tuhfat al-Nafis (Hadiah Berharga) merupakan sebuah
karangan sejarah, karangan Almarhum Raja Ali Al Haji, Riau pada 1885. Secara
ringkasnya, ia menceritakan bagaimana pembabitan orang-orang Bugis bermula dan
cemerlang di Tanah Melayu. Proses penulisannya hampir menyamai penulisan sejarah
dalam definisi sejarah moden.
Hikayat Raja-Raja Pasai
Hikayat Raja-Raja Pasai atau juga Hikayat Raja Pasai menceritakan
kisah raja-raja di negara Islam pertama di Asia Tenggara kini yang bernama
Pasai. Hikayat Raja-Raja Pasai dianggap hasil kesusasteraan Melayu, mengisahkan
masyarakat Melayu dan menggunakan bahasa Melayu (tulisan Jawi). Tidak dapat
dipastikan tarikh awal hikayat ini ditulis kerana pada masa itu tradisi
menceritakan semula cerita orang lain (seperti yang dilakukan pada cerita
lisan) berlaku dan dianggap sebagai sesuatu yang wajar.
Hikayat Raja-Raja Pasai tergolong dalam genre sastera
sejarah juga disebut sekarang sebagai karya agung. Karya sastera sejarah
biasanya menceritakan pembukaan negeri, corak organisasi pentadbiran , keadaan
sosial budaya dan corak politiknya. Cerita ini termasuklah kewujudan sesebuah
negeri, perkembangannya, zaman keemasan , zaman kekalahan dan keruntuhan.
Jadi Hikayat Raja-Raja Pasai bukanlah sebuah buku teks
sejarah yang murni. Unsur mitos dan legenda diterapkan dalam bahan sejarah yang
memerlukan interpretasi yang mendalam untuk mengetahui objektif dan tujuan
pengarang istana ini.
Syair Ken Tambuhan
Syair Ken Tambuhan adalah syair yang bercerita tentang
puteri raja yang cantik, yang ditawan oleh raja Kuripan, dan dikurung dalam
taman larangan istana. Putera raja yang bernama Raden Mentri kebetulan bertemu
dengan Ken Tambuhan dan jatuh cinta padanya. Ibunya yang takut puteranya akan
kawin dengan orang tidak sederajat kemudian mengupah seseorang untuk membunuh
Ken Tambuhan. Sang kaki tangan menyeret Ken Tambuhan ke luar kota, membunuhnya,
dan meletakkannya di atas getek untuk dihanyutkan di sungai. Raden Mentri yang
menemukan jenazah Ken Tambuhan lalu bunuh diri. Para dewa yang mengetahui kisah
ini merasa iba, dan menghidupkan mereka berdua.
Syair Ken Tambuhan
Lalulah berjalan Ken Tambuhan
diiringkah penglipur dengan tadahan
lemah lembut berjalan pelahan-lahan
lakunya manis memberi kasihan
Tunduk menangis segala puteri
Masing-masing berkata sama sendiri
Jahatnya perangai permaisuri
Lakunya seperti jin dan peri
Sangat bagus!
ReplyDelete